🌸Tamar
merupakan sejenis tumbuhan yang berbuah dan boleh dimakan sama ada
ketika ia sudah masak atau masih mentah. Ianya dikatakan tumbuhan yang
mempunyai pelbagai khasiat dan kegunaan yang mana sebahagian daripadanya
sudah terbukti secara saintifik. Malah dalam kitab suci al-Qur’an
sahaja terdapat 21 ayat yang menyebut tentang kurma. Baginda Rasulullah
SAW juga sendiri telah beberapa kali menyebut perihal kurma dan
khasiatnya, dan ianya amat sinonim dengan kisah sirah baginda.
“Kemudian Kami tumbuhkan kerananya kebun kurma dan anggur untuk kamu.
Disana kamu peroleh buah-buahan yang banyak dan sebahagiannya kamu
makan“ Al-Mukminah ayat 19
“Sesiapa yang memakan 7 biji tamar
‘Ajwah’, dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari
itu“. Sabda Rasulullah SAW
🌸
Manakala sudut sains pula mengatakan, kandungan protein di dalam kurma
adalah lebih kurang 2.5%, serat 8.0% manakala kandungan gulanya pula
adalah sangat tinggi, yakni sehingga 63%, majoritinya adalah glukosa.
Lemak yang terkandung di dalamnya pula adalah sangat sedikit iaitu
sekitar 0.4% sahaja. Kurma juga terkenal dalam dunia perubatan
tradisional memandangkan ia juga kaya denga zat besi, kalsium, fosforus,
sodium, potassium, vitamin A, C dan niasin.
Apakah antara khasiat utama kurma?
1) *Paling cepat diproses dan diserap, sekaligus memberikan tenaga segera*
=====================
Memandangkan kandungan gula ringkasnya (monosaccharide) yang sangat
tinggi malah lebih tinggi dari pisang, kurma berupaya memberikan “tenaga
segera” yang akan diserap oleh tubuh serta-merta. Berbeza dengan
kebanyakan buah-buahan lain yang mengadungi sukrosa (disaccharide).
Disaccharide seperti sukrosa harus dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum
bertukar menjadi monosaccharide lalu diserap tubuh sebagai tenaga.
“Rasulullah SAW berbuka puasa dengan beberapa biji buah kurma sebelum
sembahyang. Sekiranya tiada terdapat kurma, maka Baginda akan berbuka
dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka Baginda
meminum beberapa teguk air“ Hadis riwayat Ahmad
Makan kurma
ketika berbuka puasa amat bagus kerana pada waktu ini, kita perlukan
tenaga segera, dan bukannya tenaga yang “lambat untuk dicerna” seperti
yang terkandung dalam kebanyakkan makanan berlemak dan bergoreng yang
lain.
2) *Kaya dengan serat dan potassium*
=====================
Kurma dimakan tanpa perlu membuang kulitnya dan pada kulitnya itulah
terkandung serat. Kurma adalah antara buah-buahan yang amat kaya dengan
serat, serat larut mahupun tak larut. Kita sering menganggap buah-buahan
seperti pisang itu mengandungi serat yang tinggi, tetapi tahukah anda,
dalam 100g Kurma terdapat 8g serat sedangkan dalam 100g Pisang hanya
terdapat 2.6g serat sahaja? Tinggi serat amat baik untuk sistem
pelawasan.
Selain itu kurma kaya dengan Potassium dan beberapa
zat galian yang lain. Potassium adalah elektrolit yang akan
menyeimbangkan kembali kandungan air dalam tubuh badan apabila kita
kehilangannya, terutama sepanjang tempoh berpuasa. Tidak perlu membeli
100 Plus sekiranya khuatir akan kekurangan elektrolit ketika berbuka,
memadai dengan beberapa biji kurma dan air suam. Potassium juga membantu
dalam pembinaan otot termasuk otot jantung dan mampu memelihara sistem
saraf.
3) *Penguat memori*
===================
Ramai
yang berfikiran hanya kismis yang baik untuk menguatkan daya ingatan,
namun hakikatnya kurma juga tidak kurang hebatnya. Ianya amat sesuai
untuk kanak-kanak yang sedang membesar.
4) *Baik untuk wanita mengandung/bersalin*
====================
Masih ingat kisah Maryam yang hanya memakan buah kurma semasa
melahirkan Nabi Isa AS? Menerusi malaikat Jibrail, Allah telah
mewahyukan kepada ibu Isa iaitu Maryam binti Imran supaya menggegar
pohon kurma sehingga gugur lantas memakannya tatkala lemah selepas
bersalin.
“Dan goncangkan batang kurma itu kepadanya, nanti ia gugurkan atasmu kurma yang masak,”Surah Maryam, ayat 25
Dan menurut sebuah laman web, buah kurma amat baik untuk wanita
mengandung dan akan memudahkan wanita untuk melahirkan anak dan akan
mengurangkan pengaliran darah semasa proses kelahiran. Malah anak yang
dilahirkan kelak dipercayai akan mempunyai sifat-sifat yang baik,
penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya (Sabda Rasulullah).
5) *Penawar Racun*
====================
Diriwayat oleh Aishah r.a., “Jika sesiapa yang selalu makan kurma akan dihindari daripada terkena racun yang dimakan.”
6) Merawat penyakit
Dalam
=====================
perubatan homeopati, biji kurma dikisar halus seperti serbuk teh. Ianya
direndam dan diminum bagi menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.
7) *Mengubati gangguan usus dan sembelit*
=====================
Ketidakserasian dengan gluten menghalang penyerapan zat-zat makanan secara sempurna. Kurma mencegah ini dari berlaku.
🌸 Khasiat Koko
============
1. *Meningkatkan Tenaga Semasa Bersukan*
-Memberikan Tenaga Sehingga Hari Berikutnya
-Lebih Baik Dari Minuman Sports Drinks.
-Dapat Mengelakkan Kekejangan Otot
2. *Menstruasi Tidak Menyebabkan Anda Mengidam Coklat*
-Datang Bulan Bukan Faktor Membuatkan Kita Nakkan Coklat.
3. *Bukan Untuk Penahan Mengantuk*
-Koko Hanya Mengandungi 5mg kafein Berbanding Secawan Kopi Yang Mengandungi 100mg Kafein dan Teh Pula 50mg Kafein.
4. *Mengandungi Flavonoid*
-Flavonoid Dapat Mendorong Kesan AntiOksidan, AntiPeradangan dan Pelindung Sel.
-Dapat Mengurangkan Risiko *Sakit Jantung* dan Dapat *Menurunkan Tekanan Darah*
5. *Tidak Buruk Untuk Gigi*
-Dapat Menguatkan Gigi.
6. *Tenaga Segera Ketika Lapar*
-Membekalkan Protein dan Mengenyangkan Perut.
#Sumber Lembaga Koko Malaysia#
Gabungan Koko dan Tamar dan 1 Pek Tamar Cocoa Dapat Membantu Menyelesaikan Beberapa Masalah Kesihatan
🌹
🌹
❤
❤harap info ini dapat membantu anda mengenali TAMAR COCOA
❤