Tuesday, 18 April 2017

ROTI JALA VERSI COKLAT

Bahan-bahan:
3 cawan tepung gandum
1 biji telur
3 sudu besar #Tamar_Cocoa (nak letak lebih pun boleh... lagi sedap 😉😉😉)
Sedikit garam
2 sudu minyak masak
Air ikut kepekatan

Cara-caranya:
Satukan semua sekali. Kacau biar sebati kemudian tapis. Guna botol lubang 3. Jalakan atas non-stick fry pans.
Makan cicah dengan sos coklat atau susu pekat. Lagi senang cicah susu coklat pekat saji atau susu pekat biasa.
Selamat mencuba dan menjamu selera semua 😘😘😘
Kredit: #Nina_Vaganza

No comments:

Post a Comment